Reman 13 lelaki gaduh di Pangkor dilanjutkan
Tempoh reman ke atas 13 lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di depan sebuah tokong di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, di Lumut, Selasa lalu dilanjutkan dua hari lagi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, reman kesemua suspek yang berumur 16 hingga 50 tahun itu, disambung bermula hari ini selepas tempoh reman empat hari mereka sejak Rabu, berakhir semalam.
“Sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana melakukan perbuatan merusuh.
“Setakat ini motif kejadian masih sama, iaitu tidak berpuas hati dengan masalah tempat letak kereta di Jeti Pulau Pangkor,” katanya ketika dihubungi di Lumut, hari ini.
