3 individu ditahan bantu siasatan kes kematian kanak-kanak


  Seremban: Polis hari ini menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dua wanita dan seorang lelaki terbabit ditahan susulan laporan polis yang diterima pihaknya pada hari kejadian.

"Pada 5 September lalu (Sabtu), polis menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pihak hospital berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak itu namun gagal dan meninggal dunia.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati ada beberapa kesan kecederaan terhadap si mati dan bedah siasat yang dijalankan tidak dapat menentukan punca kematian setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 walaupun setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, siasatan untuk memastikan sekiranya ada unsur penderaan ke atas kanak-kanak berkenaan